Myspa8i merupakan portal panduan mengenai SPA8i.panduan cara mengisi borang, cara membuat semakan juga cara membuat permohonan SPA8.

Breaking

Wednesday, 24 October 2018

Cara Daftar Akaun SPA8i Online (SPA8)

Suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) merujuk kepada satu badan yang berfungsi mengurus penjawat kerajaan di Malaysia. Pihak SPA ada mewujudkan satu portal mengisi peluang pekerjaan di dalam sektor awal yang dikenali sebagai portal SPA8i. Pada artikel ini kami akan memberi anda panduan cara untuk daftar akaun baru SPA8i online.

SPA8i merupakan portal terbesar di Malaysia bagi membuat permohonan bagi perkhidmatan dalam badan kerajaan. Jika anda belum mempunyai sebarang akaun yang didaftarkan atas nama dan no kad pengenalan anda, anda bolehlah membuat pendaftaran akaun SPA8i yang baru.
daftar akaun baru spa8i

Cara Pendaftaran Akaun Baru SPA8i

Bagi membuat pendaftaran akaun baru SPA8i, anda bolehlah masuk ke link berikut:

Daftar : DAFTAR

Anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah:



Kemudian lengkapkan semua maklumat yang diminta, setelah selsai melengkapkannya, masukkan kod keselamatan.

Akhir sekali bolehlah klik daftar. Selesai.

Semak inbox email anda . Ini kerana email pengesahan akan dihantar kepada anda melalui email.

Antara maklumat yang diperlukan semasa mendaftar adalah maklumat diri, maklumat akademik, maklumat kokurikulum  dan diakhir pengisisian borang anda diminta untuk mengesahkan bahwa semua maklumat yang anda masukkan semasa pendaftaran ini adalah benar. Perkara ini bagi mengelakkan anda memasukkan maklumat palsu dan salah ke dalam sistem pendaftaran SPA8i.

Selepas itu, anda bolehlah login menggunakan ID dan kata laluan anda melalui portal berikut:
Klik salah satu server yang dinyatakan di atas ini. Ini kerana ada masanya salah satu server gagal diakses disebabkan masalah dari server.

Selepas membuat pendaftaran, maka anda bolehlah;

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada anda. Jangan berputus ada ketika membuat permohonan SPA8i. Ini kerana rezeki anda siapa tahu bila dan di mana.

1 comment:

  1. sudah banyak kali try apply SPA tapi nampaknya rezeki masih belum ada.

    ReplyDelete