Myspa8i merupakan portal panduan mengenai SPA8i.panduan cara mengisi borang, cara membuat semakan juga cara membuat permohonan SPA8.

Breaking

Wednesday, 24 October 2018

Permohonan SPA8i Latihan Separa Perubatan (SPA8)

Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus yang disediakan oleh KKM untuk diserap menjadi sebahagian dari warga Kementerian kesihatan Malaysia. Kursus ini mengambil masa 3 tahun dan bertempat di beberapa pusat Kolej Kesihatan di seluruh negara. Pelatih akan diberikan elaun sepanjang latihan.

Sama seperti jawatan lain, program separa perubatan juga memerlukan anda untuk mengisi borang permohonan secara online.

Cara Permohonan Separa Perubatan SPA8i

  1. Isi borang permohonan online.
  2. Jika anda berjaya, anda perlu mengikut peperiksaan separa perubatan.
  3. Selepas lulus peperiksaan online. Anda akan dipanggil mengikuti temuduga.
  4. Selepas lulus temuduga, barulah anda akan mengikut latihan separa perubatan ini.

permohonan separa perubatan

Terdapat 10 program yang ditawarkan antaranya adalah:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Lokasi Kolej Separa Perubatan 

Anda boleh melihat secara terperinci senaria kolej yang menyediakan latihan separa perubatan. Lihat sini.


Pegnambilan adalah 2 kali setahun iaitu kemasukan bulan Januari dan kemasukan bulan Julai.
Bagi kemasukan bulan Januari, pemohon perlulah membuat permohonan pada bulan oktober, manakala bagi sesi Julai, pemohon perlu membuat permohonan pada bulan April.

Jika anda berminat dengan program separa perubatan SPA8i, bolehlah klik sini. untuk mendaftar akaun baru jika anda tidak mempunyai akaun, dan masukkan jawatan separa perubatan.

2 comments:

  1. Sangat bermanfaat informasi ini moga2 dapat membantu calon peperiksaan online ini.

    ReplyDelete
  2. Kenapa susah sangat nak cari borang online latihan separa perubatan ni ...

    ReplyDelete