MYSPA8i

Myspa8i merupakan portal panduan mengenai SPA8i.panduan cara mengisi borang, cara membuat semakan juga cara membuat permohonan SPA8.

Breaking

Saturday, 27 October 2018

16:08:00

Kemaskini Borang Permohonan SPA8i Online (SPA8)

SPA8i merupakan sistem permohonan secara online bagi jawatan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pemohona perlulah selalu membuat kemaskini borang permohonan online mereka. Secara kebiasaanya, susur atur permohonan adalah seperti berikut;

Antara cara berkesan untuk anda sebagai pemohon dipanggil mengikuti temuduga adalah dengan kerap mengemaskini permohonan SPA8i anda.

Ini kerana SPA8 mengeluarkan iklan bilakah jawatan tertentu dibuka permohonannya.
Maka, kemaskini jawatan yang mempunyai kekosongan pada akaun SPA anda. Ini akan meningkatkan kemungkinan anda dipanggil mengikut peperiksaan online, temuduga dan mungkin anda akan berjaya mendapat kerja di SPA.
spa8i kemaskini permohonan


Berikut carta aliran bagaimana kemaskini boleh dilakukan:
  1. Pemohon mendaftar akaun baru.
  2. Pemohon mengisi borang SPA8i.
  3. Pemohonan menunggu panggilan dengan membuat semakan panggilan temuduga.
  4. Jika terdapat jawatan yang baru diiklankan, pemohon perlu membuat kemaskini borang.
Kemaskini borang dilakukan sama ada terdapat tawaran terkini daripada pihak SPA ataupun pemohon ingin menukar jawatan yang dipohon. Kemaskini juga dilakukan jika terdapat perubahan pada butir-butir pemohon seperti alamat surat menyurat, keputusan akademik, bakat, dan lain-lain.

Cara Membuat kemaskini SPA8i

Berikut adalah cara membuat kemaskini borang.

  1. Masuk ke salah satu pautan berikut: Server 1, Server 2
  2. Masukkan myid (no kad pengenalan ) dan kata laluan.
  3. Buat kemaskini pada bahagian yang anda inginkan.
  4. Jangan lupa klik butang simpan untuk kemaskini butir diri.
  5. Setelah selesai, tick 'saya setuju' dan klik butang hantar seperti pada gambar di bawah.
cara kemaskini spa8i


Friday, 26 October 2018

23:18:00

Permohonan SPA8i Online (Kekosongan Sepanjang Masa)

Jika anda seorang yang ingin berkerja di dalam perkhidmatan awam, tempat yang boleh anda mohon adalah dengan mengisi borang permohonan pada portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). SPA ada menyediakan sistem yang boleh diakses oleh setiap rakyat Malaysia untuk mengisi borang. Iaitu borang permohonan SPA8 (SPA8i).

Permohonan pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA melalui portal SPA8i. Permohonan jawatan dalam SPA adalah dibuka sepanjang tahun bagi lepasan SPM, STPM, STAM , Diploma, Ijazah dan ke atas.


Permohonan SPA8i Online

Prosedur untuk memohon pekerjaan dalam SPA melalui SPA8i adalah seperti berikut:

  1. Daftar dan buka akaun anda di portal SPA8i. Daftar SPA8i
  2. Selepas mendaftar, anda dikehendaki untuk mengisi segala maklumat yang diminta. Seperti maklumat peribadi, aktiviti, dan maklumat akademik.
  3. Selepas mengisi semua ini, anda akan diminta untuk mengisi jawatan yang dipohon.
  4. Pastikan anda mengisi jawatan yang dipohon bertepatan dengan lulusan akademik anda.
  5. Jangan memilih luar dari kelulusan akademik anda, ini kerana permohonan anda akan sia-sia. Lebih baik isi jawatan yang lain.
  6. Selepas mengisi, anda akan diminta untuk membuat pengesahan bahawa segala maklumat yang diminta adalah betul.Klik sahkan
Anda perlulah sentiasa menyemak status pendaftaran SPA8i secara online dari masa ke semasa bagi mengelakkan anda terlepas jika ada tawaran panggilan temuduga. Selain itu, pastikan anda mengemaskini permohonan SPA8i anda bertepatan dengan iklan yang ditunjukkan pada porta rasmi Spa8i.
23:11:00

Kekosongan Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 (4 November 2018)

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan iklan terbaru kekosongan jawatan di dalam SPA. Kekosongan jawatan tersebut adalah;


  • Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 (100 kekosongan)
Di sini kami berikan sedikit sebanyak informasi berkenaan jawatan ini.

Cara Memohon Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Permohonan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web SPA dan mengisi borang online melalui sistem SPA8i.

  1. Klik SPA8i
  2. Klik login 
  3. Berjaya login, anda bolehlah kemaskini borang SPA8i anda.
Jika anda belum pernah mempunyai akaun, boleh daftar dahulu.

Berikut adalah ciri-ciri yang diperlukan oleh pihak SPA untuk mengisi jawatan ini.

Tarikh tutup: 4 November (11:59 malam)

Ciri -ciri dan Syarat untuk memohona jawatan

  • Berketerampilan.
  • Bersemangat tinggi.
  • Mempunyai jati diri.
  • Mampu berkerjasama.
  • dan menepati syarat diperlukan SPA.
Berikut adalah iklan rasmi yang dikeluarkan oleh SPA.

cara untuk mengisi kekosongan spa8i

Kami mengucapkan selamat mengisi borang permohonan jawatan ini secara online. Semoga permohonan anda untuk jawatan ini diterima,

Wednesday, 24 October 2018

15:12:00

Permohonan SPA8i Latihan Separa Perubatan (SPA8)

Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus yang disediakan oleh KKM untuk diserap menjadi sebahagian dari warga Kementerian kesihatan Malaysia. Kursus ini mengambil masa 3 tahun dan bertempat di beberapa pusat Kolej Kesihatan di seluruh negara. Pelatih akan diberikan elaun sepanjang latihan.

Sama seperti jawatan lain, program separa perubatan juga memerlukan anda untuk mengisi borang permohonan secara online.

Cara Permohonan Separa Perubatan SPA8i

  1. Isi borang permohonan online.
  2. Jika anda berjaya, anda perlu mengikut peperiksaan separa perubatan.
  3. Selepas lulus peperiksaan online. Anda akan dipanggil mengikuti temuduga.
  4. Selepas lulus temuduga, barulah anda akan mengikut latihan separa perubatan ini.

permohonan separa perubatan

Terdapat 10 program yang ditawarkan antaranya adalah:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Lokasi Kolej Separa Perubatan 

Anda boleh melihat secara terperinci senaria kolej yang menyediakan latihan separa perubatan. Lihat sini.


Pegnambilan adalah 2 kali setahun iaitu kemasukan bulan Januari dan kemasukan bulan Julai.
Bagi kemasukan bulan Januari, pemohon perlulah membuat permohonan pada bulan oktober, manakala bagi sesi Julai, pemohon perlu membuat permohonan pada bulan April.

Jika anda berminat dengan program separa perubatan SPA8i, bolehlah klik sini. untuk mendaftar akaun baru jika anda tidak mempunyai akaun, dan masukkan jawatan separa perubatan.
14:55:00

Cara Daftar Akaun SPA8i Online (SPA8)

Suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) merujuk kepada satu badan yang berfungsi mengurus penjawat kerajaan di Malaysia. Pihak SPA ada mewujudkan satu portal mengisi peluang pekerjaan di dalam sektor awal yang dikenali sebagai portal SPA8i. Pada artikel ini kami akan memberi anda panduan cara untuk daftar akaun baru SPA8i online.

SPA8i merupakan portal terbesar di Malaysia bagi membuat permohonan bagi perkhidmatan dalam badan kerajaan. Jika anda belum mempunyai sebarang akaun yang didaftarkan atas nama dan no kad pengenalan anda, anda bolehlah membuat pendaftaran akaun SPA8i yang baru.
daftar akaun baru spa8i

Cara Pendaftaran Akaun Baru SPA8i

Bagi membuat pendaftaran akaun baru SPA8i, anda bolehlah masuk ke link berikut:

Daftar : DAFTAR

Anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah:



Kemudian lengkapkan semua maklumat yang diminta, setelah selsai melengkapkannya, masukkan kod keselamatan.

Akhir sekali bolehlah klik daftar. Selesai.

Semak inbox email anda . Ini kerana email pengesahan akan dihantar kepada anda melalui email.

Antara maklumat yang diperlukan semasa mendaftar adalah maklumat diri, maklumat akademik, maklumat kokurikulum  dan diakhir pengisisian borang anda diminta untuk mengesahkan bahwa semua maklumat yang anda masukkan semasa pendaftaran ini adalah benar. Perkara ini bagi mengelakkan anda memasukkan maklumat palsu dan salah ke dalam sistem pendaftaran SPA8i.

Selepas itu, anda bolehlah login menggunakan ID dan kata laluan anda melalui portal berikut:
Klik salah satu server yang dinyatakan di atas ini. Ini kerana ada masanya salah satu server gagal diakses disebabkan masalah dari server.

Selepas membuat pendaftaran, maka anda bolehlah;

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada anda. Jangan berputus ada ketika membuat permohonan SPA8i. Ini kerana rezeki anda siapa tahu bila dan di mana.
14:42:00

Login SPA8i: Permohonan dan Semakan SPA8

SPA8i merupakan satu aplikasi online bagi memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Dalam SPA8i, telah disediakan satu sistem yang teratur dan sistematik dalam pemilihan calon untuk diambil bekerja.

Di dalam SPA8i, seseorang boleh memilih jawatan ynag dipohon sesuai dengan kelayakan masing-masing. Selain itu anda juga boleh terus menyemak maklumat temuduga dan juga keputusan temuduga yang dihadiri.

Semua ini boleh dilakukan dengan muedah iaitu dengan Login SPA8i.
login spa8i

Login SPA8 melalui sistem SPA8i Online

Berikut adalah cara untuk anda login SPA8i

login spa8i
Antaramuka login SPA8i
  1. masuk ke LOGIN SPA8i jika tak dapat masuk sini Server 2
  2. Masukkan no kad pengenalan anda serta kata laluan.
  3. Jika belum pernah mendaftar dan tidak mempunyai akaun,  boleh lihat sini - cara mendaftar.
Manakala, jika sebelum ini anda pernah mendaftar SPA8i, tetapi terlupa kata laluan, jangan risau kerana anda boleh mendapatkannya kembali dengan mudah.

Klik sahaja LUPA KATA LALUAN. Kemudian isikan maklumat yang diminta, Anda akan mendapat email pengesahan untuk menukar kata laluan (password) yang baharu.

Jika anda ada persoalan mengenai login SPA8i, anda boleh lihat di sini soalan yang kerap ditanya.
Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk login SPA8i dengan jayanya.

14:33:00

Semakan Status Permohonan SPA8 Online (SPA8i)

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyediakan laman web yang dapat membantu anda mengetahui status permohonan anda.

Semak Staus Permohonan SPA8i. Selepas membuat permohonan jawatan dalam sistem SPA8i, anda perlulah membuat semakan status permohonan anda. Adakah permohonan telah diterima, adakah terdapat panggilan temuduga, dan adakah anda berjaya dalam temuduga yang dijalankan.

Semua ini anda boleh lakukan dengan mengikuti langkah yang kami nyatakan di bawah ini.

Anda boleh membuat semakan status permohonan secara online.
semak status spa8i online

Semak Status Permohonan SPA8i Online

Anda boleh membuat semakan status permohonan dengan masuk ke laman web berikut:

  1. Server 1
  2. Server 2
Terdapat dua server yang disediakan oleh pihak SPA8. Ini bagi memudahkan para pemohon menyemak dengan mudah. Jika server 1 berada dalam keadaan tidak boleh diakses ataupun offline, anda boleh menggunakan server 2.

Cara Membuat Semakan Status Permohonan SPA8i

Di sini kami kongsikan 'step by step' cara untuk anda membuat semakan status permohonan SPA8.



  1. Masuk ke laman web tertera di atas.
  2. Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:
  3. semakan status permohonan spa8i secara online
  4. Selepas anda berjaya login, maklumat anda dipaparkan pada muka hadapan. (jika belum ada akaun,daftar sini)
  5. Lihat menu yang tertera di bahagian tepi. Ianya seperti gambar di bawah ini.
  6. sub menu pada bahagian login spa8i
  7. Anda kli pada sub menu paling bawah iaitu "SEMAKAN PERMOHONAN"
  8. Maklumat jawatan yang anda pohon akan dipaparkan berserta status permohonan anda.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda pemohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Semoga anda berjaya memasuki perkhidmatan awam di Malaysia.