Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian SPA8i

Pembantu Pembedahan Pergigian merupakan satu jawatan yang berada pada kategori Separa Perubatan SPA8i. Kategori separa perubatan adalah dibawah kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi latihan pembantu pembedahan pergigian , latihan mengambil masa selama 2 tahun dan pelatih terdiri daripada lelaki dan wanita berumur 17-25 tahun. Pelatih akan diberikan elaun sebanyak RM755.06 sebulan.Manakala tempat latihan pula adalah di Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
contoh soalan pembantu pembedahan pergigian

Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian

Oleh kerana jawatan ini berada di bawah KKM, soalan yang boleh anda jangkakan keluar adalah berkisar tentang perihal kesihatan di Malaysia. Mungkin juga panel penemuduga akan bertanya mengenai pengetahuan anda. Mungkin juga panel akan bertanya mengenai kemahiran berfikir anda menyelesaikan masalah.

Pengalaman penulis dahulu sewaktu ditemuduga, panel bertanya mengenai bagaimana proses pernafasan berlaku. Selain itu, penulis diberikan satu situasi, dan dikehendaki menyatakan bagaimana penulis menyelesaikan masalah yang diberikan itu.

Bagaimanapun, jika anda inginkan contoh dan panduan yang lebih terperinci untuk menjawab soalan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian, anda boleh dapati 10 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan, dan Cara Mejawabnya.

Selamat maju jaya!

0 comment... add one now