Permohonan SPA8i Secara Online Borang Permohonan

Permohonan pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA melalui portal SPA8i. Permohonan jawatan dalam SPA adalah dibuka sepanjang tahun bagi lepasan SPM, STPM, STAM , Diploma, Ijazah dan ke atas.
permohonan spa8i online

Permohonan SPA8i Online

Prosedur untuk memohon pekerjaan dalam SPA melalui SPA8i adalah seperti berikut:

  1. Daftar dan buka akaun anda di portal SPA8i. Daftar SPA8i
  2. Selepas mendaftar, anda dikehendaki untuk mengisi segala maklumat yang diminta. Seperti maklumat peribadi, aktiviti, dan maklumat akademik.
  3. Selepas mengisi semua ini, anda akan diminta untuk mengisi jawatan yang dipohon.
  4. Pastikan anda mengisi jawatan yang dipohon bertepatan dengan lulusan akademik anda.
  5. Jangan memilih luar dari kelulusan akademik anda, ini kerana permohonan anda akan sia-sia. Lebih baik isi jawatan yang lain.
  6. Selepas mengisi, anda akan diminta untuk membuat pengesahan bahawa segala maklumat yang diminta adalah betul.Klik sahkan
Anda perlulah sentiasa menyemak status pendaftaran SPA8i secara online dari masa ke semasa bagi mengelakkan anda terlepas jika ada tawaran panggilan temuduga. Selain itu, pastikan anda mengemaskini permohonan SPA8i anda bertepatan dengan iklan yang ditunjukkan pada porta rasmi Spa8i.

0 comment... add one now