Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Online

SPA8i merupakan sistem yang diwujudkan bagi membuat permohonan kerja dalam pelbagai bidang di sektor kerajaan. Sebelum membuat permohonan jawatan tertentu, anda haruslah mengetahui syarat kelayakan permohonan SPA8i secara online.

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda berkenaan cara menyemak syarat kelayakan sesuatu jawatn yang hendak dipohon.

Secara umumnya permohonan jawatan terbahagi kepada beberapa kategori pemohon iaitu:


kelayakan mohon spa8i online

Syarat Kelayakan Lepasan SPM SPA8i

Bagi pemohon yang ingin menggunakan keputusan SPM bagi membuat permohonan, anda bolehlah membuat permohonan mengikut syarat kelayakan  Sijil Pelajaran Malaysia seperti berikut:
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Bagaimanpun, syarat kelayakan di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis berpangkat sekurang-kurangnya koperal bagi memohon jawatan berikut:
  • Pembantu Keselamatan Gred KP17
  • Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
  • Pembantu Kesatria Gred S17
  • Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Syarat Kelayakan Lepasan STPM SPA8i

Berikut pula merupakan syarat kelayakan yang perlu dipatuhi bagi pemohon lepasan STPM.
Kini STPM telah menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMp) sebagai penanda aras keputusan pelajar. Atau ianya juga dipanggil PNGK seperti yang digunakan dalam peperiksaan di universiti.

Syarat Kelayakan Lepasan STAM SPA8i

Manakala berikut adalah syaratm kelayakan bagi lepasan STAM bagi memohon jawatan dalam SPA8i.


  • lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

ATAU
  • lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.
untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan bagi lepasan STAM ini, boleh lihat di sini.


Syarat Kelayakan OKU SPA8i

Berikut pula adalah link untuk mengetahui lebih lanjut syarat kelayakan permohonan SPA8i bagi pemohonan Orang Kurang Upaya (OKU): Kelayakan OKU

Syarat Kelayakan Pelajar Tahun Akhir SPA8i

Selain itu, pelajar tahun akir di univesiti juga adalah dibolehkan untuk membuat permohonan, dengan syarat menyertakan transkrip peperiksaan semasa.

Semoga artikel ini dapat memberi Pencerahan kepada anda mengenai syarat kelayakan sebelum membuat permohonan dalam sistem SPA8i.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Manal Manal 18 April 2016 at 04:34
Baiknya membukakan syarat2 kelayakan permohonan SPA8i online. Jadi senang utk memohon.
Nurolhuda Nurolhuda 22 April 2016 at 06:31
Syarat-syarat yang dikemukakan tentu memberi lebih peluang kepada pemohon.
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 23 April 2016 at 05:45
Dah tak melepasi syarat umur kot kalau saya nak memohon ni...hehe
Peribadi BSN Peribadi BSN 25 April 2016 at 19:15
Lepas umur x apa, mungkin saudara mara masih boleh mohon.
Maulawi Maulawi 30 May 2016 at 02:05
syarat yang diberikan amat jelas. Sekrg dah tau mcm mana nak mohon.
AnonymousAnonymous 16 January 2017 at 02:11
adakah sijil seperti penglibatan dalam persatuan bulan sabit merah mempengaruhi pengambilan spa8 sekiranya memohon dalam jawatan jururawat?
AnonymousAnonymous 16 January 2017 at 02:13
adakah sijil seperti penglibatan dalam persatuan bulan sabit merah mempengaruhi pengambilan spa8 sekiranya memohon dalam jawatan jururawat?
Tirmizi Tirmizi 2 April 2017 at 04:30
Assalamualaikum sy nk tny klw calon lepasan spm yg memohon jwtn polis mesti nk 18thn dan mengikut tarikh hri lahir ke sbb tarikh hri lahir sy blum lg smpai bulan 10..Mohon penjelasan trima kasih...
Tirmizi Tirmizi 2 April 2017 at 09:41
Assalamualaikum sy nk tny klw calon lepasan spm yg memohon jwtn polis mesti nk 18thn dan mengikut tarikh hri lahir ke sbb tarikh hri lahir sy blum lg smpai bulan 10..Mohon penjelasan trima kasih...
AnonymousAnonymous 18 April 2017 at 06:23
tak ada syarat kelayakan lepasan sijil atau diploma?