Permohonan SPA8i Latihan Separa Perubatan

Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus yang disediakan oleh KKM untuk diserap menjadi sebahagian dari warga Kementerian kesihatan Malaysia. Kursus ini mengambil masa 3 tahun dan bertempat di beberapa pusat Kolej Kesihatan di seluruh negara. Pelatih akan diberikan elaun sepanjang latihan.

permohonan separa perubatan

Terdapat 10 program yang ditawarkan antaranya adalah:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Pegnambilan adalah 2 kali setahun iaitu kemasukan bulan Januari dan kemasukan bulan Julai.
Bagi kemasukan bulan Januari, pemohon perlulah membuat permohonan pada bulan oktober, manakala bagi sesi Julai, pemohon perlu membuat permohonan pada bulan April.

Jika anda berminat dengan program separa perubatan SPA8i, bolehlah klik sini. untuk mendaftar akaun baru jika anda tidak mempunyai akaun, dan masukkan jawatan separa perubatan.

2 comments.. read them below or add one

lokman amirul lokman amirul 2 March 2017 at 15:11
Sangat bermanfaat informasi ini moga2 dapat membantu calon peperiksaan online ini.
AnonymousAnonymous 3 March 2017 at 14:27
Kenapa susah sangat nak cari borang online latihan separa perubatan ni ...